Ubah Suai Dapur Tambahan Lengkap dengan Plaster Ceiling, Tile & Bilik Air

NAIK TARAF / EXTEND DAPUR

Mahukan dapur yang lebih luas, moden dan selesa? Kami pakar dalam kerja ubah suai dapur tambahan termasuk pemasangan plaster ceiling dengan lampu LED, jubin lantai & dinding, serta renovation penambahan bilik air baharu yang praktikal. Semua ini di buat dengan kemasan yang sangat kemas dan berkualiti tinggi.

Kenapa Perlu Dapur Tambahan?

Ramai pemilik rumah kini memilih untuk menambah dapur kedua atau memanjangkan dapur sedia ada, terutamanya untuk:

  • Menyediakan ruang memasak yang lebih luas
  • Mengasingkan dapur basah dan dapur kering
  • Menambah nilai hartanah
  • Kegunaan majlis atau keluarga besar

Apa yang Kami Tawarkan?

1. Ubah Suai & Binaan Dapur Tambahan

Kami akan merancang dan membina dapur tambahan yang sesuai dengan struktur rumah anda. Kami mengambil kira aspek pengudaraan, pencahayaan, dan aliran kerja dapur yang efisien.

2. Plaster Ceiling Moden dengan Lampu LED

Melengkapi dapur anda dengan siling plaster moden yang mempunyai pencahayaan LED tersembunyi. Reka bentuk siling boleh diubah suai mengikut tema dapur sama ada moden, minimalis atau klasik.

3. Pemasangan Jubin (Tile)

Kami menyediakan servis pemasangan jubin lantai dan dinding dapur dengan pelbagai pilihan corak dan warna. Kami juga menggunakan bahan kalis air dan mudah dicuci untuk ketahanan jangka panjang.

4. Tambahan Bilik Air Baharu

Perlu bilik air tambahan berdekatan dapur? Kami juga menyediakan servis membina bilik air lengkap dengan sistem paip, jubin lantai dan dinding, serta peralatan sanitari berkualiti.

5. Pemasangan Table Top & Sinki

Untuk melengkapkan dapur baru anda, kami turut menyediakan servis pemasangan table top (granit/mozek/konkrit) dan sinki berkualiti tinggi.

Kawasan Perkhidmatan:

Kami menerima tempahan untuk kerja ubah suai dapur di:

Jaminan Kualiti:

Kami hanya menggunakan bahan berkualiti tinggi dan tukang mahir. Setiap projek akan dipantau dari mula hingga siap agar anda mendapat hasil yang terbaik.

--> Chat WhatsApp