
Khidmat Naik Taraf Dapur KL & Selangor
Anda sedang mencari kontraktor ubah suai dapur yang berpengalaman di kawasan KL dan Selangor, terutamanya sekitar Shah Alam, Subang, Puchong, dan kawasan berdekatan?
Read more…
Kami sedia membantu menjadikan dapur lama anda kelihatan moden, selesa, dan praktikal mengikut cita rasa serta keperluan harian anda.
Sama ada anda mahu menaik taraf dapur sempit menjadi lebih lapang, menambah kabinet kayu berkualiti, atau membuat penyusunan semula susun atur elektrik dan paip air, pasukan kami bersedia memberi penyelesaian ubah suai dapur menyeluruh dengan hasil kerja kemas, tahan lama dan menepati bajet pelanggan.
Kenapa Pilih Kami Sebagai Kontraktor Ubah Suai Dapur Anda?
- Pengalaman Luas: Berpengalaman Lebih 20 Tahun dalam kerja ubah suai dan renovasi rumah.
- Tenaga Pakar: Pakar dalam rekaan kabinet dapur, pemasangan jubin, serta kemasan moden.
- Rekaan Trend: Mengikut trend semasa – dari konsep Tropika, Moden, Industrial hingga ke Skandinavia.
- Visual 3D: Menyediakan lakaran 3D jika diminta untuk rujukan sebelum kerja dijalankan.
- Telus & Adil: Perundingan percuma, dan anggaran bajet yang telus.
Khidmat Ubahsuai Dapur Merangkumi Kerja Seperti Berikut:
1. Kerja Struktur & Pembinaan Utama
- Pecah dinding: Meruntuhkan dinding asal belakang rumah untuk menyambung ruang baru.
- Kerja tanah & tapak: Menggali tanah dan membuat struktur asas (footing/bakau pile) serta lantai konkrit (ground slab).
- Ikat batu: Membina dinding bata baru bagi menutup ruang tambahan dapur.
2. Kerja Bumbung & Perlindungan
- Struktur bumbung: Memasang rangka bumbung baharu menggunakan material kayu bersesuaian atau besi (lightweight truss).
- Penutup bumbung: Memasang genting (roof tiles) or bumbung metal sheet (kalis bunyi/haba).
- Sistem Gutter & Downpipe: Memasang palung air (gutter) zink/PVC di hujung bumbung dan menghubungkannya ke paip turun (downpipe PVC 3″/4″) terus ke dalam longkang perimeter konkrit bagi mengelakkan limpahan air hujan.
3. Kerja Pendawaian & Perpaipan (Wiring & Piping)
- Wiring elektrik: Menambah poin lampu, kipas, soket dinding (13A), serta poin khas berkuasa tinggi (15A/20A) untuk cooker hood, oven, atau ketuhar gelombang mikro.
-
Sistem Perpaipan Masuk (Air Bersih):
- Memasang paip ABS/PPR dalam dinding untuk bekalan air ke kepala paip table top (sinki).
- Menyediakan poin kepala paip dinding (bib tap) khas untuk mesin basuh.
- Menyediakan laluan paip bekalan ke tiga poin bilik air tambahan (mangkuk tandas, sinki, dan pancuran mandi).
-
Sistem Perpaipan Keluar (Air Buangan & Sisa):
- Memasang paip PVC (1.5″ – 2″) condong dari sinki ke longkang luar, lengkap dengan floor trap.
- Menyediakan lubang paip PVC (2″) menegak setinggi 2 kaki dari lantai untuk hos buangan air sabun mesin basuh.
- Memasang paip PVC tebal (4″) dari bawah mangkuk tandas bilik air tambahan terus ke tangki septik atau paip utama IWK (melibatkan kerja pecah lantai asal).
- Memasang floor trap di lantai bilik air untuk saliran air mandi.
4. Kerja Kemasan & Struktur Dalaman (Finishing)
-
Pembinaan Table Top Konkrit:
- Membina acuan (formwork) kabinet bawah mengikut ketinggian standard (32″-34″) dan lebar (24″).
- Memasang jaring besi tetulang (BRC) di dalam acuan untuk kekuatan struktur menahan beban berat.
- Menuang bancuhan konkrit (casting) serta menyediakan lubang potongan untuk sinki (sink) dan dapur memasak (hob).
- Menyediakan ruang kosong di bahagian bawah untuk pemasangan pintu kabinet kemudian hari.
- Pasang tile: Pemasangan jubin lantai (heavy duty/anti-slip), jubin dinding backsplash di atas table top, serta jubin penuh untuk dinding bilik air tambahan.
- Siling plaster: Memasang siling kapur/plaster moden untuk menutup seluruh rangkaian pendawaian elektrik di atas siling.
- Pintu & tingkap: Memasang pintu jenis sliding glass atau pintu kayu pepejal, serta tingkap awning/casement aluminium untuk sistem pengudaraan dan pencahayaan semulajadi.
- Mengecat: Kemasan cat gred premium (kalis cuaca untuk luar dinding, kalis kulat/mudah lap untuk ruang dalaman dapur).
Dapatkan Rundingan Awal & Sebut Harga Percuma Hari Ini!
Hubungi Kami Menerusi WhatsAppSoalan Lazim (FAQ) Ubah Suai & Sambung Dapur
A. Proses Kerja & Spesifikasi Teknikal
Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan kerja sambung dapur?
Tempoh siap bergantung kepada saiz kawasan tambahan. Secara purata, projek sambung dapur berskala kecil hingga sederhana mengambil masa sekitar 3 hingga 6 minggu merangkumi kerja struktur sehinggalah kemasan penuh.
Adakah saya perlu memohon permit atau kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum kerja bermula?
Ya. Setiap struktur tambahan bangunan yang mengubah pelan asal rumah memerlukan kelulusan daripada PBT (seperti MBSA, MBSJ, MPK, dsb).
Bolehkah saya memilih sendiri jubin (tile) untuk lantai dan table top?
Boleh. Kami menyediakan pakej siap bahan, namun anda bebas memilih corak dan warna jubin mengikut bajet serta konsep yang anda inginkan di kedai pembekal pilihan anda.
Apakah jenis material paip yang digunakan untuk sistem perpaipan masuk?
Kami menggunakan paip jenis ABS atau PPR yang ditanam di dalam dinding. Material ini sangat tahan lasak, tidak berkarat, dan mengurangkan risiko kebocoran di masa hadapan.
Bagaimanakah sistem saliran air mesin basuh diuruskan supaya tidak melimpah?
Kami menyediakan paip buangan PVC bersaiz 2 inci yang dipasang menegak setinggi 2 kaki dari lantai. Hos mesin basuh akan dimasukkan terus ke dalam paip ini untuk dialirkan terus ke longkang luar tanpa membanjiri lantai dapur.
Adakah struktur table top konkrit yang dibina cukup kuat untuk menampung barangan berat?
Ya, pasti. Setiap table top yang kami bina dipasang dengan jaring besi tetulang (BRC) di dalam acuan sebelum konkrit dituang. Ini memastikan strukturnya kukuh dan bebas retakan walaupun menampung beban berat seperti tong gas atau lesung batu.
B. Anggaran Kos & Jadual Bajet
Berapakah anggaran kos kasar untuk kerja sambung dapur?
Kos bergantung pada saiz ruang (kaki persegi) dan material. Secara amnya, kos bermula dari RM15,000 hingga RM40,000+ untuk struktur asas, bumbung, dan pendawaian sebelum kemasan kabinet.
Bagaimana cara pengiraan kos pembinaan table top konkrit?
Kos table top biasanya dikira mengikut panjang dalam unit kaki lari (run foot). Harga standard pasaran berbeza mengikut jenis kemasan permukaan (jubin ceramik, porcelain tile, kuarza, atau granit).
Adakah harga yang diberikan sudah termasuk permit PBT?
Tidak. Kos sebut harga pembinaan adalah berasingan daripada yuran permohonan permit PBT dan kos pelan lukisan arkitek. Segala urusan dokumentasi dan permohonan kelulusan perlu diuruskan sendiri oleh pihak pemilik rumah mengikut prosedur majlis perbandaran masing-masing sebelum kerja pembinaan bermula.
Adakah harga sebut harga (quotation) boleh berubah semasa pembinaan dijalankan?
Harga adalah tetap seperti dalam kontrak. Perubahan harga hanya berlaku sekiranya ada permintaan tambahan (variation order) daripada pihak anda, seperti penukaran material saat akhir atau penambahan poin elektrik baharu.
Bagaimanakah sistem jadual pembayaran untuk projek ini?
- Deposit pendahuluan (mula kerja)
- Pembayaran fasa struktur (selepas ikat batu & bumbung)
- Pembayaran fasa kemasan (tile & perpaipan)
- Bayaran akhir (selepas penyerahan kunci & tuntutan waranti)
Adakah perundingan dan lawatan tapak (site visit) dikenakan sebarang caj?
Sesi perundingan awal, pemeriksaan tapak, dan penyediaan anggaran sebut harga (quotation) adalah 100% percuma tanpa sebarang caj tersembunyi.






📍 Liputan Kawasan Perkhidmatan Kontraktor Dapur Kami
Sila skrol kotak di bawah untuk menyemak senarai lengkap zon kejiranan dan taman perumahan di bawah liputan kami:
Puchong
- Pulau Meranti
- Bandar Puteri Puchong (Puteri 1 – 12)
- Bandar Kinrara (BK1 – BK9)
- Kinrara Residence & Ambrosia
- Bukit Puchong (1 & 2)
- Taman Wawasan (Wawasan 1 – 5)
- Pusat Bandar Puchong
- Puchong Jaya
- Taman Kinrara (TK1 – TK6)
- Taman Tasik Prima
- Lake Edge Puchong
- Puchong Utama
- Puchong Prima
- Puchong Permai
- Puchong Indah
- Puchong Intan
- Puchong Tekali
- Taman Meranti Jaya
- Taman Putra Prima
- Taman Mas Puchong
- Taman Saujana Puchong
- Kampung Baru Puchong
Shah Alam
- Seksyen 1 hingga Seksyen 36
- Setia Alam (Seksyen U13)
- Bukit Jelutong (Seksyen U8)
- Kota Kemuning (Seksyen 31)
- Bukit Bandaraya (Seksyen U11)
- Cahaya Alam (Seksyen U12)
- Denai Alam (Seksyen U16)
- Elmina (Seksyen U15 & U16)
- Alam Impian (Seksyen 35)
- Glenmarie (Temasya / Seksyen U1)
- Bukit Subang (Seksyen U16)
- Kampung Melayu Subang (Seksyen U6)
- Subang Bestari (Seksyen U5)
- Pinggiran Subang (Seksyen U5)
- Bandar Pinggiran Subang
- Alam Budiman (Seksyen U10)
- Puncak Perdana (Seksyen U10)
- Sunway Kayangan (Seksyen U9)
- Kayangan Heights (Seksyen U9)
- Monterez (Seksyen U9)
- Bukit Bayu (Seksyen U10)
- Kemuning Utama
- Kemuning Greenville
- Bukit Rimau (Seksyen 32)
- Padang Jawa (Seksyen 16)
- Batu Tiga (Seksyen 22 & 24)
Kembangan & Serdang
- Equine Park
- Lestari Perdana
- Puncak Jalil
- Taman Putra Permai
- Taman Universiti Indah
- Taman Desaminium
- Taman Bukit Serdang
- Serdang Jaya
- Serdang Baru
- Kampung Baru Seri Kembangan
- Taman Sri Serdang
- Taman Serdang Raya
- Taman Serdang Perdana
- Taman Serdang Utama
- Taman Belimbing
- Taman Muhibbah
- The Mines (Mines Resort City)
- Bluwater Estate
- Taman Jinma
- Taman Sungai Besi Indah
- Taman Bayu Parkville
- Taman Bukit Gita Bayu
Subang Jaya & USJ
- Subang Jaya (SS12 hingga SS19)
- USJ 1 hingga USJ 22
- USJ Heights
- Subang Heights
- Putra Heights
- Sunway (Bandar Sunway)
- Main Place USJ
- Taipan USJ (USJ 10)
- USJ 3A, 3B, 3C, 3D
- Subang Permai
- Subang Mewah
- Kampung Baru Subang (Pinggiran)
Kajang
- Kajang Perdana
- Kajang Prima
- Taman Kajang Utama
- Sungai Chua
- Sungai Ramal
- Jade Hills
- Twin Palms Sungai Long
- Bandar Sungai Long
- Bandar Mahkota Cheras
- Saujana Impian
- Prima Saujana
- Taman Kantan Permai
- Country Heights Kajang
- Taman Jelok Impian
- TTDI Grove
- Kajang East
Bangi
- Bandar Baru Bangi (Seksyen 1 – 16)
- Bangi Avenue
- Bandar Puteri Bangi
- Bangi Heights
- Bangi Golf Resort
- Taman Bangi Villa
- Taman Bangi Indah
- Southville City
- Kampung Sungai Tangkas
- UKM & Pinggiran Bangi
Cyberjaya & Putrajaya
- Setia Eco Glades
- Sejati Residences
- Symphony Hills
- Cyber South (Dengkil)
- Perdana Lakeview East & West
- Cyberjaya Flagship Zone
- Tamarind Square & Cyber 1 – 12
- Putrajaya Presint 1 hingga 20
- Presint 8 (Banglo/Semi-D)
- Presint 10 (Kediaman Mewah)
- Presint 11 (Perumahan Bertanah)
- Presint 14 & 15 (Diplomatik)
- Presint 16 & 18 (Tepi Tasik)
Sepang & Kuala Langat
- Warisan Puteri
- Saujana KLIA
- Sunsuria City
- Serenia City
- Kota Warisan (Pusat Bandar)
- Taman Warisan Hijau
- Taman Seroja & Taman Mawar
- Bandar Rimbayu
- Eco Sanctuary
- Tropicana Aman
- Twentyfive7
- Taman Telok (Pusat Bandar)
- Taman Perwira & Telok Mas
- Taman Dato Hormat
- Sijangkang (Pinggiran)
- Kampung Medan
KESAS & Johan Setia
- Putra Heights (Sempadan)
- Bukit Lading & Kampung Lombok
- Section 26, 27, 28 (Alam Megah)
- Kota Kemuning & Kemuning Utama
- Bukit Rimau
- Kampung Jawa (Selatan)
- Jalan Kebun (Seksyen 30)
- Kampung Bukit Naga
- Bandar Putera 1 & Bandar Putera 2
- Taman Sentosa Klang
- Bandar Puteri Klang
- Kampung & Taman Johan Setia
- Bandar Parklands Klang
- Bandar Botanic & Ambang Botanic
- Sijangkang (Utara / Klang)
Selain daripada Renovation dapur / Ubahsuai Rumah, kami turut menawarkan kepakaran membina Awning moden dan klasik. Kami juga menyediakan perkhidmatan Tukang Kayu Keras jenis Balau, Merbau, dan Cengal, serta hiasan Seni Air dan Landskap untuk kediaman anda.