Perkhidmatan Ubahsuai Bilik Air Subang Jaya – Kontraktor Pasang Tile Bilik Air Berpengalaman
Adakah anda sedang mencari kontraktor pasang tile bilik air di kawasan Subang Jaya dan sekitar?
Kami adalah kontraktor renovasi bilik air berpengalaman yang menawarkan servis ubahsuai bilik air lengkap
dari pecah dinding lama hingga pemasangan aksesori moden yang berkualiti.
📍 Kawasan Perkhidmatan:
Kami beroperasi di Subang Jaya dan kawasan berdekatan seperti:
USJ 1 – USJ 27, SS12 – SS19, Putra Heights, Sunway, Batu Tiga & Shah Alam dan sekitarnya
🔨 Skop Kerja Ubahsuai Bilik Air Termasuk:
1. Pembongkaran Dinding dan Lantai Lama
Kami akan memecah dan membuang jubin serta dinding lama dengan teliti untuk persediaan kerja baru. Proses ini penting untuk hasil akhir yang rata dan kemas.
2. Membina Dinding Baru
Kami bina dinding batu bata atau lightweight block untuk susun atur bilik air baharu. Sangat sesuai jika anda ingin ubah susunan tandas, sinki, atau shower area.
3. System Pipe Air
Kami buat kerja penyaluran paip air baru termasuk paip air panas, sistem air sisa dan saluran keluar. Segala kerja dilakukan dengan teliti untuk elak kebocoran jangka panjang.
4. Kerja Kalis Air (Waterproofing)
Kami menggunakan sistem kalis air di bahagian lantai dan separa dinding bagi mengelakkan kebocoran air ke unit bawah atau ke bilik bersebelahan.
5. Bongkar & Pasang Tile Lantai dan Dinding
Tile lama akan dibuang sepenuhnya. Kami akan pasang jubin baru pilihan anda dengan ketelitian tinggi. Kami juga bantu anda pilih tile anti licin & tahan lasak untuk keselamatan & ketahanan.
6. Pemasangan Aksesori Bilik Air
Antara aksesori yang kami pasang:
Tandas duduk/jongkok
Kabinet sinki moden
Shower set dan water heater
Cermin dinding, towel rack, dan shelf sabun
🎯 Kenapa Pilih Kami?
- ✅ Pakar dalam pasang tile bilik air
✅ Bahan berkualiti & kemasan moden
✅ Tukang mahir & kerja teliti
✅ Harga mampu milik
✅ Jaminan selepas siap kerja
✅ Percuma lawatan tapak & cadangan ubahsuai
📞 Hubungi Kami Hari Ini!
Jangan tunggu masalah bilik air anda menjadi lebih serius. Jika anda berada di Subang Jaya atau kawasan berdekatan, hubungi kami sekarang untuk ubahsuai bilik air yang selesa, moden dan tahan lama.