
Kami menyediakan perkhidmatan mengecat profesional untuk rumah, kedai, pejabat dan bangunan komersial di kawasan Bangi, Kajang, Putrajaya, Cyberjaya dan lokasi berdekatan.
Setiap projek cat dimulakan dengan proses penilaian dan penyediaan dinding yang rapi. Ini termasuk:
Membersih dan menanggalkan cat lama (jika perlu), Menampal retak, membuang paku / screw membaiki permukaan tidak rata, Menggunakan undercoat atau sealer untuk memastikan daya lekatan cat yang optimum, Menghaluskan permukaan agar hasil akhir lebih licin dan berkualiti.
Kami hanya menggunakan cat berkualiti tinggi yang sesuai untuk pelbagai permukaan dan tahan terhadap cuaca, kelembapan dan kesan kotoran. Pemilihan warna dan jenis kemasan (matte, satin atau glossy) akan disarankan mengikut konsep dan fungsi ruang.
Sama ada anda ingin memberi nafas baharu kepada kediaman, memperbaharui suasana pejabat, atau menyeragamkan identiti visual kedai anda, pasukan kami bersedia memberikan hasil yang kemas, bersih dan tepat masa.
Lokasi Perkhidmatan:
Kami menyediakan service cat rumah atau renovation di kawasan bangi, kajang, putrajaya, cyberjaya, puchong, seri kembangan, sepang, dengkil, nilai, shah alam, subang jaya, usj subang jaya, telok panglima garang, klang dan seluruh selangor dan lembah klang
Perkhidmatan penuh,
Selain menyediakan tukang cat rumah di Bangi, kami juga menyediakan pelbagai servis untuk rumah anda seperti berikut:
✓ Ubahsuai dan Renovasi Rumah
Melibatkan kerja-kerja extend dapur, membesarkan porch, menambah bilik, serta menaik taraf ruang dalaman dan luaran.
✓ Pemasangan Awning, Pergola dan Bumbung
Awning polycarbonate, besi, kayu, ACP serta pergola custom untuk halaman rumah.
✓ Kerja Pemasangan Jubin dan Lantai
Pemasangan jubin lantai dan dinding: homogeneous tile, porcelain, mozek, dan kemasan lantai luar rumah.
✓ Pemasangan Ceiling dan Kerja Plaster
Ceiling plaster moden seperti L-Box, cove light, gypsum board, ceiling kayu atau ceiling komposit.
✓ Kerja Elektrik dan Pencahayaan
Pemasangan lampu LED, plug point, aircond, soket tambahan, exoz fan dan wiring baru.
✓ Kerja Plumbing dan Saliran Air
Membuat sistem paip baru, tukar sistem plumbing lama, pasang sinki, shower, tandas, water heater, dan sistem saliran dapur.
✓ Membina Pagar, Tembok dan Pintu Pagar
Pagar batu, pagar besi, pagar kayu serta sliding gate termasuk sistem autogate.
✓ Kerja Landskap dan Kolam Hiasan
Mereka bentuk dan membina kolam ikan koi, air terjun mini, decking kayu, taman tropika, rumput karpet, dan lampu taman.