Renovasi Dapur & Bilik Air Selangor

Kontraktor Ubah Suai Dapur & Bilik Air di Selangor

Adakah anda merancang untuk besarkan ruang dapur yang sempit atau nak cantikkan semula bilik air yang dah lama?
Laman web TukangBuatRumah sedia membantu anda merealisasikan rumah idaman dengan hasil kerja yang kemas, praktikal, dan mengikut bajet anda.
Kami adalah pasukan tukang rumah yang berpengalaman dalam kerja-kerja ubah suai rumah teres, pangsapuri, kondominium, dan flat di sekitar Selangor.

Kerja Ubah Suai & Sambung Dapur (Kitchen Extension)

Memiliki ruang dapur yang selesa amat penting bagi memudahkan urusan memasak untuk keluarga tercinta. Antara skop kerja pertukangan dapur yang kami tawarkan termasuklah:
    • Sambung Dapur Belakang: Kerja-kerja pecah dinding lama dan buat struktur bangunan baharu untuk besarkan ruang dapur.
    • Buat Table Top Konkrit: Pembinaan kaunter dapur konkrit yang kukuh berserta kemasan tiles (jubin) mengikut corak pilihan anda.
    • Sistem Paip & Sinki: Mengubah kedudukan paip air masuk dan keluar dengan kemas untuk elakkan masalah tersumbat di masa depan.


Kerja Ubah Suai Bilik Air & Tandas

Masalah lantai bocor (waterproofing) atau tandas lama yang rosak boleh mengganggu keselesaan rumah. Kepakaran bilik air kami merangkumi:
    • Pasang Tiles (Jubin) Baharu: Ketuk dan buang tiles lama, kemudian pasang tiles lantai jenis anti-gelincir (non-slip) demi keselamatan.
    • Sistem Kalis Air (Waterproofing): Rawatan lantai menggunakan cecair kalis air bermutu tinggi untuk selesaikan masalah air menitik ke siling bawah.
    • Tukar Barang Tandas: Pemasangan mangkuk tandas duduk atau cangkung, tempat mandi (shower screen), dan paip pancuran baharu.


Kenapa Perlu Pilih TukangBuatRumah?

    1. Hasil Kerja Kemas & Teliti: Kami mementingkan kekemasan, terutama sekali semasa susun senget tiles dan buat penyambungan dinding.
    2. Sebut Harga Jujur: Tiada kos tersorok atau caj tambahan mengejut. Anggaran harga barang dan upah tukang akan diberi secara bertulis.
    3. Siap Ikut Masa: Kami komited siapkan kerja renovation rumah anda mengikut tempoh masa yang telah dipersetujui.


Kawasan Servis Kami di Selangor

Kami menyediakan perkhidmatan ubah suai dapur dan bilik air terus ke kawasan anda.
Kawasan tumpuan kami:
    • Zon Shah Alam: Kami meliputi kawasan Ubah Suai Rumah Shah Alam & Subang Jaya termasuk Klang dan Petaling Jaya.
    • Zon Sepang: Perkhidmatan tukang rumah di Kontraktor Ubah Suai Sepang & Cyberjaya serta Salak Tinggi dan Nilai.
    • Zon Kajang: Tempahan ubah suai untuk area Tukang Rumah Kajang & Bangi, Semenyih, dan Seri Kembangan.

📞 Tempah Konsultasi & Sebut Harga Percuma!

Hubungi terus melalui pautan WhatsApp hari ini untuk berbincang mengenai anggaran bajet, pemilihan material dan penyusunan lakaran reka bentuk tersendiri.

📲 Hubungi Melalui WhatsApp

Perkhidmatan Lain Yang Kami Sediakan

Kerja-kerja menaik taraf ruang dalaman ini adalah sebahagian daripada portfolio penuh di halaman Perkhidmatan kami.

Bagi anda yang merancang untuk menyambung dapur luaran berserta bumbung teduhan estetik, kami juga menyediakan kepakaran Pertukangan Kayu Luaran & Struktur seperti pemasangan pergola, awning kayu, decking, dan binaan loteng rumah.

Ubah Suai Dapur Selangor - proses pemasangan papan acuan kayu untuk struktur atap slab konkrit
Renovasi Dapur Selangor - siap pasang tiang beam rumah dan kerangka kayu sebelum kerja menuang konkrit
Ubah Suai Dapur Selangor - proses pemasangan rangka besi dan papan plaster siling dapur teres selangor
Kontraktor Dapur Selangor - pemandangan dalaman dapur rumah selepas siap pasang tiles dan siling kapur
Renovasi Bilik Air Selangor - kemasan hasil kerja pasang tiles lantai tandas teres yang kemas
Ubah Suai Rumah Selangor - proses mengukur dan menyusun tiles dinding bilik air rumah kos rendah
Tukang Tiles Selangor - tukang rumah sedang menyapu simen gum untuk pasang tiles bilik air
Ubah Suai Dapur Selangor - kerja meratakan simen bagi persediaan pemasangan jubin lantai tandas
Ubah Suai Rumah Selangor - susunan tiles dinding tandas corak moden fasa ubah suai rumah selangor
Renovasi Dapur Selangor - kerja kemasan grout simen celah tiles bilik air oleh kontraktor renovasi
Renovasi Bilik Air Selangor - hasil akhir pemasangan tiles dinding bilik air setinggi siling yang rapat
Ubah Suai Dapur Selangor - hasil akhir kemasan pebble wash dan tiles lantai porch kereta rumah teres
--> Chat WhatsApp