Kontraktor Ubahsuai Rumah dan Tukang Tiles

Perkhidmatan Pasang Tiles Rumah

Dapatkan kemasan lantai dan dinding yang rata sempurna melalui servis tukang tiles rumah berpengalaman.

Skop tugasan merangkumi pemasangan jubin seramik, porselin, homogen, atau SPC untuk ruang tamu, dapur, bilik air, dan porch kereta.

Teknik kerja mengutamakan penggunaan alat laser level untuk memastikan tiada tiles beralun, manakala bancuhan simen diletakkan penuh bagi mengelakkan masalah tiles lompong (berbunyi kosong) atau pecah di kemudian hari.

Jenis Pemasangan Tile Rumah & Jubin Yang Disediakan

Setiap ruang memerlukan jenis material jubin yang berbeza mengikut fungsi dan lokasi ruang tersebut. Perkhidmatan ini merangkumi:

  • Tiles Ruang Tamu: Pemasangan jubin porselin bersaiz besar (contohnya 2×2 atau 2×4 kaki) untuk memberikan kesan ruang yang luas, mewah, dan berkilat.
  • Tiles Dapur (Backsplash): Pemasangan jubin hiasan pada dinding belakang table top untuk memudahkan urusan membersihkan percikan minyak selepas memasak.
  • Tiles Bilik Air & Tandas: Penggunaan jubin jenis anti-slip atau mempunyai permukaan kasar demi menjaga faktor keselamatan isi rumah terutamanya warga emas dan kanak-kanak.
  • Tiles Porch Kereta: Pemasangan batu tiles gred heavy-duty yang tebal untuk menampung berat kenderaan serta tahan lasak terhadap cuaca hujan dan panas.

Langkah Pemasangan Tiles Rumah Secara Profesional

Bagi menjamin kualiti kemasan akhir yang bertahan puluhan tahun, setiap proses pemasangan jubin dilakukan mengikut standard pembinaan yang ketat:

  • Pembersihan & Meratakan Lantai: Lantai asal akan dibersihkan daripada habuk dan diratakan terlebih dahulu menggunakan mortar simen bagi memastikan asasnya kukuh.
  • Pengukuran Menggunakan Laser Level: Alat penanda laser digunakan untuk menarik garisan lurus yang tepat supaya susunan tiles tidak senget atau lari dari sudut dinding.
  • Teknik Sapuan Simen Penuh: Simen pelekat (*tiles adhesive*) disapu secara menyeluruh pada bahagian belakang jubin untuk mengelakkan ruang kosong (lompong) yang menjadi punca tiles mudah pecah apabila dipijak.
  • Kemasan Grouting (Simen Warna): Ruang antara tiles (spacer) akan diisi dengan bahan grouting premium yang kalis air dan anti-kulat bagi mengelakkan masalah kulat hitam di celah jubin.

Perkhidmatan pertukangan lantai ini bekerjasama rapat di dalam rangkaian Kontraktor Ubahsuai Rumah di sekitar Selangor. Pemilik kediaman juga boleh menyemak kepakaran renovasi luaran dan dalaman kami yang lain seperti projek kontraktor ubahsuai dapur, buat pakar ubahsuai porch, sambungan ubahsuai rumah tambahan,servis ubahsuai bilik air, serta binaan tembok oleh kontraktor pagar rumah, servis siling plaster, serta pembuatan table top konkrit.


Sila layari Perkhidmatan Ubahsuai Rumah untuk melihat servis yang di sediakan

📞 Tempah Konsultasi & Sebut Harga Percuma!

Anda memerlukan khidmat tukang Ubahsuai Rumah profesional untuk menaikkan seri rumah anda? Hubungi terus melalui pautan WhatsApp hari ini untuk berbincang mengenai anggaran bajet, pemilihan material dan penyusunan lakaran reka bentuk tersendiri.

📲 Hubungi Melalui WhatsApp

🚀 KAWASAN SERVIS DI SELANGOR

Perkhidmatan mahir turut disediakan di sekitar kawasan berikut:

  • Zon Shah Alam Kontraktor Ubah Suai Rumah Shah Alam & Subang Jaya. Kepakaran merangkumi kerja extend dapur, binaan porch baru, hiasan dalaman, dan plaster ceiling termasuk kawasan Klang serta Petaling Jaya.
  • Zon Sepang Perkhidmatan Tukang Rumah & Kontraktor Ubah Suai Sepang & Cyberjaya. Meliputi renovasi bumbung porch, plaster ceiling moden, dan pembesaran ruang dapur untuk area Salak Tinggi dan Nilai.
  • Zon Kajang Kepakaran utama Tukang Rumah Kajang & Bangi untuk pelbagai pelan ubah suai rumah, pemasangan tiles, plaster ceiling hiasan, dan renovasi bilik air di Semenyih serta Seri Kembangan.
Design+Tiles+Porch+ +Special+Tiles+ +Khidmat+Tiles+ +jubin+ +mosaic+ +table+top+ +tiles+murah+ +kedai+tiles+ +kedai+jubin+ +jubin+murah+ +puchong+ +putra+perdana+ +kota+kemuning+ +shah+alam+ +cyber+jaya+ +saujana+putra+16

-->Chat WhatsApp